Skip to main content


PEMAS (2022)

Penganjuran Pertandingan Sempena Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan (PEMAS) 2022 yang ingin dilaksanakan adalah meningkatkan semangat patriotik dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa.

Pertandingan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan bertemakan Malaysiaku Keluargaku 2022 merupakan satu pendekatan bersama komuniti dan masyarakat terutamanya generasi muda yang berlatar belakangkan pelbagai etnik, kaum dan budaya untuk menunjukkan semangat cinta terhadap negara secara maya.

Program ini juga antara langkah dan bukti kesungguhan UTHM menyokong hasrat kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia walaupun negara sedang dilanda krisis pandemik akibat penularan wabak Covid-19.

“Malaysiaku Keluargaku”

Tema ini di pilih di saat Malaysia berdepan dengan kemelut wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, pelbagai permasalahan timbul dari segi ekonomi, emosi, pendidikan dan juga gaya hidup dalam masyarakat tanpa mengira status sosial. Norma baharu yang diterapkan khususnya dalam sistem pembelajaran serta aktiviti sosial dan kemasyarakatan sedikit sebanyak membataskan hubungan di kalangan rakyat Malaysia yang sejak dahulu terkenal dengan sikap ramah, bertolak ansur, bersatu-padu dan harmoni sebagai satu keluarga besar.  Bak kata pepatah ’bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.


TARIKH-TARIKH PENTING

9 May 2022
Pendaftaran
TUTUP
9 May 2022 - 16 September 2022
Penghantaran Karya
TUTUP
17 September 2022 - 21 September 2022
Penjurian
TUTUP
1 Oktober 2022
Perasmian & Majlis Penganugerahan

PENAJAAN

PEMAS 2022 ingin mengalu-alukan syarikat anda untuk menjadi penaja acara kami. Syarikat anda akan menikmati keistimewaan, sebagai tambahan kepada banyak faedah lain, diantaranya iklan anda dicetak dalam buku program kami dan laman web kami juga. Hubungi kami hari ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej penaja yang tersedia

Ditaja oleh